kerana cinta aku gembira, kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku kecewa dan kerana cinta aku derita... tapi cinta ku kekal hanya untuk Mu ya-Rahman ya Rahim

Saturday, April 23, 2011

ketika berseorangan.....

 

hari sabtu 23/04/11
jam 2000

mood yang tidak menentu..
kenapa??
tidak dapat dipastikan.
 apa yang menyebabkan perasaan tidak menentu itu..
hope semua berjalan dengan lancar.


GEMBIRA
syukur alhamdulilah.
akhirnya setelah 2 tahun bekerja.
telah disahkan jawatan.
setelah lulus exam, 
setelah dapat SKT melebihi 80markah dalam masa 3thn
akhir nya ini yang ditunggu oleh setiap pekerja.
ia kan memotivasikan diri untuk lebih
cemerlang dalam melaksanan kerja seharian.
azam untuk memajukan diri akan dimulakan.


SEDIH
tidak tahu kenapa perasaan ini perlu wujud pada waktu ini.
ada sesuatu yang ku idamkan masih tidak diperolehi.
hanya pada-mu aku berserah.


RINDU
kerinduan ini muncul dikala keseorangan
rindu pada mak
rindu pada ayah
rindu pada adik-adik
rindu pada siapa lagi perlu dicurahkan perasaan ini
ku rindu pada ya Rabb-Mu

SUNYI
setiap manusia telah ditakdir kan hidup berpasangan
ia telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa sejak azali
walaupun kita merasakan
kita telah bertemu adam atau hawa 
tetapi
hanya Engkau saja yang mengatahui 
adakah Adam atau hawa itu ditakdirkn untuk kita.
sekali lagi kita perlu yakin 
pada Yang Maha Kuasa

setiap kehidupan perlu merasai nikmat syukur
atas limpah kurnia yang tidak terhingga..

dari Dia kita datang, dari Dia jua la kita kembali..
......wasalam.....