kerana cinta aku gembira, kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku kecewa dan kerana cinta aku derita... tapi cinta ku kekal hanya untuk Mu ya-Rahman ya Rahim

Thursday, June 9, 2011

pengenalan cinta

Ramai diantara kita yang mempunyai pengertian sendiri apabila ditanyakan maksud
Cinta. Malah ada yang mengatakan maksud cinta adalah seperti berikut:

                          C - Cinta    
                           I - Itu
                          N - Nikmat
                           T - Tapi
                           A - Awas

Awas kenapa? Kerana cinta itu, mampu membuatkan anda menjadi buta. Sewaktu
bercinta, semuanya adalah indah belaka. Sememangnya sudah menjadi tabiat
manusia, jika anda menyukai sesuatu atau seseorang itu, pasti anda akan hanya
melihat yang baik-baik sahaja. Segala keburukan dan kecacatan, akan anda
singkirkan sejauh-jauhnya dari pandangan anda. Tidak kisahlah si dia itu merokok
atau pun kaki perempuan. Harapan anda, bila sudah berkahwin nanti, semua
perkara buruk itu akan dibuang dan ditinggalkan. tidak mungkin datang jika tidak
dicari dan tidak mungkin dapat jika kita tidak memberi. Alangkah indahnya jika di
alam percintaan tiada sebarang perkara yang mencacatkan hubungan. Oh,
indahnya!!

Cinta adalah satu perasaan yang amat dalam antara dua jiwa yang saling sayang
menyayangi antara satu sama lain. Cinta juga adalah satu ikatan kemesraan bagi
setiap pasangan. Cinta yang sejati pula merupakan ikatan yang teguh antara
pasangan yang bercinta. Satu percintaan yang teguh biasanya akan bertahan lama
berbanding ikatan yang tidak teguh.

Rindu pula adalah sebuah perasaan yang paling indah, bila terkenangkan orang
yang tersayang. Rindu hanya dimiliki oleh insan yang berhati nurani yang tahu akan
betapa dalamnya cinta yang sejati. Bila rindu terbayang di mata, timbullah perasaan
ingin berjumpa dengan insan yang tersayang. Rindu ini amatlah dihargai kerana ia
merupakan anugerah yang tidak terhingga daripada Allah S.W.T.

Kasih sayang pula adalah merupakan satu perasaan yang bermula dari hati untuk
menyayangi seseorang. Hati seolah-olah ingin dibelai oleh orang yang disayang
malah ingin membelai orang yang disayang. Amatlah syahdunya perasaan itu bila
percintaan sentiasa dibayangi perasaan seronok untuk bercinta.

Tanpa Cinta, Rindu dan Kasih Sayang tidak akan wujud sebuah Cinta Yang Sejati.
Walaupun ia memerlukan pengorbanan, tetapi amatlah berbaloi untuk seluruh
kehidupan kita. Cuba anda bayangkan betapa ruginya anda tanpa CINTA YANG
SEJATI??

Tidakkah anda rasa gembira setiap saat dan waktu jika anda disayangi dan dikasihi?
Marilah bersama mengejar cinta yang sejati.............