kerana cinta aku gembira, kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku kecewa dan kerana cinta aku derita... tapi cinta ku kekal hanya untuk Mu ya-Rahman ya Rahim

Sunday, October 16, 2011

SAMPAIKAN SALAM RINDUKU

Duhai bayu yang berpuput lembut
Sampai kan salam rindu ku
Jauh menyeberangi laut biru
Di sana kasih ku menunggu
Bisikan dari hati ku....

Telah bersambut kah
Salam yang ku kirim kan buat mu...?
Terasa seakan kau mendengar bisikan hati ku
Lambaian mu menggamit ku
Aku ingin terbang ke langit jauh mu
Memadu kasih melerai rindu kalbu
Kau dan aku berpadu satu....

Kesabaran menguji kesetiaan ku
Menunggu khabar tak kunjung dari mu
Saat rindu bertamu di kalbu
Hati berbisik pada bayu
Segeralah sampaikan salam dari ku

Agar lerai gundah cemburu
Merasuk jiwa melarut jemu.....
Menjeruk kalbu
Menunggu utusan mu
Kusut celaru
Sebal mengganggu
Mana arah ku bawa rindu ...buntu 

Ku susuri bibir pantai semalam
Berteman dingin bayu malam
Memendam rindu dalam diam
Menanti kasih dalam hening kelam
Bisa kah berulang kisah silam
Janji mu tetap ku genggam.....

Malam ini aku memikirkanmu lagi,
Nafasku menjadi sesak,
Jantungku berdegup kencang,
Nadiku berlagu sepi,
Jiwaku kosong,
Mataku kabur kerana air mata yang mengalir sayu..

Ingin sekali rasanya aku menjerit di puncak gunung,
Melaungkan betapa dalamnya rinduku padamu,
Agar kamu tahu bagaimana tersiksanya,
Memendamkan perasaan bertahun lamanya..

Wahai angin..bantulah aku,
Sampaikan salam rinduku padanya,
Yang tidak pernah terucapkan,
Agar dia tahu aku merinduinya di sini..

Wahai sang burung,tolonglah aku,
Berkicaulah dengan merdu,
Supaya dia mengerti bait-bait cinta,
Yang sudah tersusun indah untuknya..

Wahai hujan..aku berharap,
Turunlah dengan gerimis,
Agar dia tahu betapa sunyinya aku di sini,
Tanpanya..

Wahai pelangi..pintaku,
Bersinarlah setelah hujan lebat berlalu,
Supaya dia tahu sesungguhnya aku di sini,
Masih berharap di hatinya..

Ya Allah, aku memohon, aku merayu, 
aku bersujud padamu,
Jatuhkanlah hatinya padaku,
Agar aku tidak terus membuang waktu yang amat suntuk ini,
Untuk terus berharap..

Ya Allah,
Sekiranya waktuku telah habis,
Aku mohon padaMu,
Tolonglah simpan rahsia ini sebaik-baiknya,
Kerana hanya Engkau sahaja yang tahu,
Rahsia paling indah seumur hidupku..

Duhai pujaan hatiku sayang,
Mungkin kamu tidak pernah akan tahu sajak ini dicoret khas buatmu,
Cuma satu yang aku mahu kau mengerti,
Kamu terlalu sempurna untuk aku dekati,
Maafkan andai aku tidak sempurna,
Tetapi mengertilah kamu wahai kesayanganku,
Sesungguhnya rasa cinta ini aku sendiri tidak mungkin mampu mencegahnya..