kerana cinta aku gembira, kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku kecewa dan kerana cinta aku derita... tapi cinta ku kekal hanya untuk Mu ya-Rahman ya Rahim

Monday, April 28, 2014

#kenangan #lalu #mengusik #jiwa

Biar aku hidup dalam kenangan.
Kenangan yang sangat meyenangkan.
Kenangan yang akan membuatkan aku tersenyum hari ini,
Walau kenangan itu menyeksa batin,
Aku setia pada kenangan itu.
kerana kenangan itu dewasakan diri,
Untuk hari ini dan akan datang.

#kenangan #lalu #mengusik #jiwa

cinta 4

bagai cinta berputik kembali,
sedang diri diulit rindu yang dulu,
mencari kekuatan untuk melupakan,
berhenti mengharap cinta manusia,
hanya menanti cinta yang satu.

untuk dia

aku,
hanya insan biasa,
tidak sempurna seperti kau inginkan,
yang mengharap bidadari dari syurga.

aku,
akui tidak memahami kerja mu
juga tidak aku memahami diri mu
serta tidak aku memahami kehidupan mu.

aku,
mengenalimu setelah apa yang kau ada,
kerjayamu, hartamu, kehidupanmu yang semakin maju,
malah kita membina impian serta harapan, memikirkan masa depan,
dan paling penting aku menerima mu kerana kekurangan yang ada padamu.

tapi,
harapan itu musah,
musnah seperti istana pasir di hempas ombak,
harapan dan impian pergi ibarat kertas di tiup angin,
kita berpisah kerana jodoh itu bukan milik kita.

itu la jodoh.
merancang, membina impian,
tapi kita lupa
segala-galanya dari yang Esa.
telah ditentukan sejak azali.

dariNya kita datang, dariNya juga kita kembali......

#sampaikan #salam #buat #sidia

#mengharap #kemanisan #cintaMU #yaRabb

sakit

sakit adalah anugerah untuk manusia.

Sakit buatkan diri kita sedar betapa kerdilnya diri kita.

Bersyukur atas nikmat yang di berikan.

Insafi dan muhasabah diri kita.

Semoga Allah reda'i

Mari kita menjadi hamba-Nya

## ingatan buat diri sendiri
## pesanan buat teman semua

~~ cinta (3) ~~

"aku pilih untuk diam, kerna aku pecaya ia kemenangan amat dalam yang mampu meleraikan dendam, kerana aku tahu bintang-bintang tidak akan pernah tenggelam ditakluk pekat malam yang kelam...."

...........

"aku pilih untuk diam, kerna aku pecaya ia kemenangan amat dalam yang mampu meleraikan dendam, kerana aku tahu bintang-bintang tidak akan pernah tenggelam ditakluk pekat malam yang kelam...."
kenangan itu menjadi kekuatan diri yang hampir layu.. 

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia