kerana cinta aku gembira, kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku kecewa dan kerana cinta aku derita... tapi cinta ku kekal hanya untuk Mu ya-Rahman ya Rahim

Wednesday, December 26, 2012

sesungguhnya

.¸¸.•´¯`•♥•♥.¸¸.•´¯`•♥•´¯`•.¸¸♥•♥•´¯`•.¸¸

Bersabarlah dalam menunggu ketetapan ALLAH

Sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan ALLAH

Bertasbihlah dengan memuji asma ALLAH ketika kamu bangun berdiri
.¸¸.•´¯`•♥•♥.¸¸.•´¯`•♥•´¯`•.¸¸♥•♥•´¯`•.¸¸

Monday, December 17, 2012

ingatan buat ku

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untukmel ihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh mel indungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik...

I'm not sad.. but i'm hurt... i'm not feel bad..

but i feel empty... i'm not lonely.. but i'm single...

Only if you could understand me in the hardest way...

Cinta itu anugerah yg tak ternilai so hargai la setiap saat bersamanya..

Wednesday, December 12, 2012

JODOH ITU MILIK ALLAH

JODOH ITU RAHASIA ALLAH

Ingatlah Sahabat Fillah ku Jodoh itu rahsia ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA… ♥
☻ ♥ ☻
/█\ /█\
.||. ||.

SEKUAT mana kita setia…
SEHEBAT mana kita merancang…
SELAMA mana kita menunggu…
SEKERAS mana kita bersabar…
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita…
SELAMA mana kita bertahan bersamanya…


Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai. Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya.

Maka cintailah orang sewajarnya ….

karena orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. Seperti dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..” (Qs.Al-Baqarah:216)

Yakinlah…Cinta Itu Akan Indah Pada Akhirnya

Ehmm… Cinta Hanya Selepas Akad…..(✿◠‿◠)
"Allah menganugerahkan HIKMAH kepada SIAPA yang DIKEHENDAKI-Nya. Dan barang siapa yang DIANUGERAHI HIKMAH, ia benar-benar telah DIANUGERAHI KARUNIA yang BANYAK." (QS Al-Baqarah : 269)

Tuesday, October 23, 2012

~~ Kenali Wanita ~~

~~ Kenali Wanita ~~

a) Tanah - Anak pertama, kelima, kesimbilan
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
  d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas 


WANITA BERUNSUR TANAH 

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban. 
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan. 


WANITA BERUNSUR AIR 

 1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis 


WANITA BERUNSUR API 

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu 


WANITA BERUNSUR ANGIN 

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah


Sunday, October 21, 2012

♥ Ada ketikanya.. ♥



Ada ketikanya..

Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji

Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkeliru

Ada ketikanya insan yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka

Ada ketikanya insan yang kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan

♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis

♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata

♥ Namun kita tetap menyayangi dia... Kerna APA? Kerna kita terima dia seadanya...



Saturday, October 20, 2012

Ingatan Untuk Aku & Dia

Assalamualaikum

 sahabat2 yg kasihi krn Allah swt =)

PENTING untuk yg bakal2 nk bertemu JODOH ^_^

Carilah pasangan hidupmu

...::: yang mana jika engkau melihatnya :::...

Engkau pasti akan teringat pada ALLAH

...::: serta bercita2 ke arah memperbaiki IMANmu kepada ALLAH SWT:::...

*** SeMoGa bErMaNfAaT *** ^^

****************************************

kepada AWAK !!

PESANAN UNTUK AWAK!! 
 

Tolong jangan curi hati ini jika tak tahu nak jaga
 
Tolong jangan curi hati ini jika tak tahu nak hargai
 
Tolong jangan curi hati ini jika ingin melukai
 
Tolong jangan curi hati ini jika ingin membuat diri ini merana


Jangan jadi pencuri hati yang kejam yang boleh menyebabkan hidup seseorang sengsara


******************************************* 

YA ALLAH
Aku Mohon KepadaMU CintaMU
Cinta Siapa Saja Yang MenCintaiMU
Cinta Apa Saja Yang Mendekatkanku Kepada CintaMU..
Jadikanlah CintaMU Lebih Berharga Bagiku
Daripada Air Dingin Bagi Orang Yang Kehausan?

YA ALLAH
Jadikanlah Aku MencintaiMU Dengan Sepenuh Hati
Selalu Mencari RidhaMU Dengan Upaya Maksimalku

YA ALLAH
Jadikanlah Semua Cintaku Hanya UntukMU
Semua Usahaku Hanya Untuk Meraih RidhaMU
 
YA ALLAH
Hidupkan Aku Dengan CintaMU
Matikan Aku Dengan CintaMU
Bangkitkan Aku Dengan CintaMU
CintaMU Bagiku Adalah Segala-galanya

Oh Rabbi
Jika Cintaku Kau Ciptakan Untuk Dia
Tabahkan Hatinya
Teguhkan Imannya
Sucikan Cintanya
Lembutkan Rindunya

Rabbi….
Jika Hatiku Kau ciptakan Untuk Dia
Penuhi Hatinya Dengan KasihMU
Terangi Langkahnya Dengan CahayaMU
Bisikkan Kedamaian Dalam Kegalauan
Temani Dia Dalam Kesepian

Rabbi…
Kutitipkan Cintaku PadaMU Untuknya
Resapkan Rinduku Pada Rindunya
Mekarkan Cintaku Bersama Cintanya
Satukan Hidupku Dan Hidupnya
Dalam CintaMU?
Sebab, Sungguh Aku Mencintainya KarenaMU…
 
Aamiin ya Allah ya Rabbal'alamiin

.•*´¨`*•.
.•*´¨`*•.