kerana cinta aku gembira, kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku kecewa dan kerana cinta aku derita... tapi cinta ku kekal hanya untuk Mu ya-Rahman ya Rahim

Monday, April 28, 2014

#kenangan #lalu #mengusik #jiwa

Biar aku hidup dalam kenangan.
Kenangan yang sangat meyenangkan.
Kenangan yang akan membuatkan aku tersenyum hari ini,
Walau kenangan itu menyeksa batin,
Aku setia pada kenangan itu.
kerana kenangan itu dewasakan diri,
Untuk hari ini dan akan datang.

#kenangan #lalu #mengusik #jiwa

cinta 4

bagai cinta berputik kembali,
sedang diri diulit rindu yang dulu,
mencari kekuatan untuk melupakan,
berhenti mengharap cinta manusia,
hanya menanti cinta yang satu.

untuk dia

aku,
hanya insan biasa,
tidak sempurna seperti kau inginkan,
yang mengharap bidadari dari syurga.

aku,
akui tidak memahami kerja mu
juga tidak aku memahami diri mu
serta tidak aku memahami kehidupan mu.

aku,
mengenalimu setelah apa yang kau ada,
kerjayamu, hartamu, kehidupanmu yang semakin maju,
malah kita membina impian serta harapan, memikirkan masa depan,
dan paling penting aku menerima mu kerana kekurangan yang ada padamu.

tapi,
harapan itu musah,
musnah seperti istana pasir di hempas ombak,
harapan dan impian pergi ibarat kertas di tiup angin,
kita berpisah kerana jodoh itu bukan milik kita.

itu la jodoh.
merancang, membina impian,
tapi kita lupa
segala-galanya dari yang Esa.
telah ditentukan sejak azali.

dariNya kita datang, dariNya juga kita kembali......

#sampaikan #salam #buat #sidia

#mengharap #kemanisan #cintaMU #yaRabb

sakit

sakit adalah anugerah untuk manusia.

Sakit buatkan diri kita sedar betapa kerdilnya diri kita.

Bersyukur atas nikmat yang di berikan.

Insafi dan muhasabah diri kita.

Semoga Allah reda'i

Mari kita menjadi hamba-Nya

## ingatan buat diri sendiri
## pesanan buat teman semua

~~ cinta (3) ~~

"aku pilih untuk diam, kerna aku pecaya ia kemenangan amat dalam yang mampu meleraikan dendam, kerana aku tahu bintang-bintang tidak akan pernah tenggelam ditakluk pekat malam yang kelam...."

...........

"aku pilih untuk diam, kerna aku pecaya ia kemenangan amat dalam yang mampu meleraikan dendam, kerana aku tahu bintang-bintang tidak akan pernah tenggelam ditakluk pekat malam yang kelam...."
kenangan itu menjadi kekuatan diri yang hampir layu.. 

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia

positif

ketika ditinggalkan seseorang, jangan berfikir yang kita tidak mampu untuk menemui seseorang seperti dia, tapi berfikirlah bahawa dia tak mungkin akan dpt menemui seseorg sperti kita...

~~ PUTUS ~~

memutuskan hubungan silaturahin kerana " aku tidak cintakan kau lagi" ..

hubungan cinta hanya seketika cuma, tapi hubungan kawan akan kekal hingga akhir hayat..

ITU DULU

Sayang itu dulu
Dulu saatku tertarik padamu
Kini kamu tak seperti yang dulu
dulu hanya kau getarkan hatiku..........

##lalalalaaaaaaa........

RINDU

RINDU
ada apa dengan RINDU
kenapa mesti wujud RINDU itu
kenapa mesti ada rasa RINDU
kenapa ia sangat menyeksa jiwa
kasih, sayang dan cinta mampu di buang
tetapi kenapa tidak mampu buang RINDU itu .....

pergi lah RINDU, pergi...

SOALAN

bila orang tanya bila nak kawin?

jawap ku: Doakan saya supaya cepatkan jodoh. terima kasih.

madahKu

Kadang kadang apabila kita bercerita tentang seseorang tidak bermakna kita sedang mengata aka mengumpat tapi mungkin itu tanda ingatan, tanda rindu serta kasih sayang kita pada orang itu

P/s:: sedang cerita kenangan lalu tentang seseorang pada seseorang

~~ LOVE ~~ (2)

Ketika kamu tetap tersenyum, meskipun merasa sakit...
Ketika kamu tetap memberi, meskipun tak pernah dibalas...
Ketika kamu tetap ceria, meskipun terluka...
Ketika kamu tetap diam, meskipun perih...
Dan ketika kamu bahagia, meskipun kehilangan....
Di situlah ketulusan hati sedang diuji...

~~ love ~~ (1)

biarkan lah cinta sesama manusia menjauhi kita, tapi jangan kita jauhi cintai Allah...

#akulepaskankaupergi :: semoga Allah redha ::

kenangan lalu....2012 (1)

secara jujurnya tiada perasaan untuk menyambuat kelahiran ini... apa-apa pn saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mak, adik2, aunty2 dan semua kawan-kawan atas ucapan dan doa kalian..kepada sahabat Syahida Siswo & "DIA" terima kasih atas hadiah yg diberi.. sy juga memohon maaf atas salah silap saya dan selamat tahun baru untuk kawan-kawan semua..