kerana cinta aku gembira, kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku kecewa dan kerana cinta aku derita... tapi cinta ku kekal hanya untuk Mu ya-Rahman ya Rahim

Sunday, October 16, 2011

SAMPAIKAN SALAM RINDUKU

Duhai bayu yang berpuput lembut
Sampai kan salam rindu ku
Jauh menyeberangi laut biru
Di sana kasih ku menunggu
Bisikan dari hati ku....

Telah bersambut kah
Salam yang ku kirim kan buat mu...?
Terasa seakan kau mendengar bisikan hati ku
Lambaian mu menggamit ku
Aku ingin terbang ke langit jauh mu
Memadu kasih melerai rindu kalbu
Kau dan aku berpadu satu....

Kesabaran menguji kesetiaan ku
Menunggu khabar tak kunjung dari mu
Saat rindu bertamu di kalbu
Hati berbisik pada bayu
Segeralah sampaikan salam dari ku

Agar lerai gundah cemburu
Merasuk jiwa melarut jemu.....
Menjeruk kalbu
Menunggu utusan mu
Kusut celaru
Sebal mengganggu
Mana arah ku bawa rindu ...buntu 

Ku susuri bibir pantai semalam
Berteman dingin bayu malam
Memendam rindu dalam diam
Menanti kasih dalam hening kelam
Bisa kah berulang kisah silam
Janji mu tetap ku genggam.....

Malam ini aku memikirkanmu lagi,
Nafasku menjadi sesak,
Jantungku berdegup kencang,
Nadiku berlagu sepi,
Jiwaku kosong,
Mataku kabur kerana air mata yang mengalir sayu..

Ingin sekali rasanya aku menjerit di puncak gunung,
Melaungkan betapa dalamnya rinduku padamu,
Agar kamu tahu bagaimana tersiksanya,
Memendamkan perasaan bertahun lamanya..

Wahai angin..bantulah aku,
Sampaikan salam rinduku padanya,
Yang tidak pernah terucapkan,
Agar dia tahu aku merinduinya di sini..

Wahai sang burung,tolonglah aku,
Berkicaulah dengan merdu,
Supaya dia mengerti bait-bait cinta,
Yang sudah tersusun indah untuknya..

Wahai hujan..aku berharap,
Turunlah dengan gerimis,
Agar dia tahu betapa sunyinya aku di sini,
Tanpanya..

Wahai pelangi..pintaku,
Bersinarlah setelah hujan lebat berlalu,
Supaya dia tahu sesungguhnya aku di sini,
Masih berharap di hatinya..

Ya Allah, aku memohon, aku merayu, 
aku bersujud padamu,
Jatuhkanlah hatinya padaku,
Agar aku tidak terus membuang waktu yang amat suntuk ini,
Untuk terus berharap..

Ya Allah,
Sekiranya waktuku telah habis,
Aku mohon padaMu,
Tolonglah simpan rahsia ini sebaik-baiknya,
Kerana hanya Engkau sahaja yang tahu,
Rahsia paling indah seumur hidupku..

Duhai pujaan hatiku sayang,
Mungkin kamu tidak pernah akan tahu sajak ini dicoret khas buatmu,
Cuma satu yang aku mahu kau mengerti,
Kamu terlalu sempurna untuk aku dekati,
Maafkan andai aku tidak sempurna,
Tetapi mengertilah kamu wahai kesayanganku,
Sesungguhnya rasa cinta ini aku sendiri tidak mungkin mampu mencegahnya..

Sunday, September 11, 2011

HIDUP INI

cid:1.2294317418@web37908.mail.mud.yahoo.com


Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah, Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...

 
Bila kita berusaha...Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.

cid:2.2294317419@web37908.mail.mud.yahoo.com

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"

Kerana itu..Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh. Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..


 
cid:3.2294317419@web37908.mail.mud.yahoo.com
Renung –renungkan & selamat beramal…..

perkongsian = "CABARAN PEMBENTUKAN KELUARGA ABAD MILENIUM”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(7 Mei 2010/ 22 Jamadilawwal 1431H) 

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah ,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekalian. Berdasarkan peningkatan pengaruh budaya asing dan perubahan sosio-ekonomi yang pesat di negara ini, marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, takut kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan sifat ketakwaan itu mampu menentukan hala tuju pembentukan masa depan keluarga kita agar sentiasa selari dengan tuntutan ajaran Islam dan beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Tajuk khutbah yang akan dibicarakan pada hari ini ialah: “ CABARAN  PEMBENTUKAN KELUARGA  ABAD MILENIUM.
 
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
 
Halatuju pembentukan keluarga masa kini dan masa depan bergantung sepenuhnya kepada dasar hidup yang ditetapkan ibubapa dan dasar negara. Sebagai unit asas dalam masyarakat, maka keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergerak  melingkari masyarakat dan negara. Semakin kuat pergerakan ahli keluarga, maka semakin bertenaga masyarakat dan negara. Persoalan besar timbul ialah kearah mana halautuju gerakan keluarga itu?. Berdasarkan pemerhatian mimbar dan kajian-kajian yang dibuat ternyata pengaruh globalisasi masa kini telah mengubah corak dan nilai pegangan kehidupan keluarga.
 
Mimbar Jumaat hari ini menarik perhatian para jemaah sekalian berdasarkan beberapa kajian yang dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bahawa pegangan nilai kehidupan atau pegangan hidup keluarga semakin berubah. Antara perubahan nilai yang ketara ialah kecenderungan untuk memiliki saiz keluarga yang kecil, senario perkahwinan lewat, peningkatan kadar tidak mahu berkahwin, peningkatan masa wanita bekerja di luar rumah semakin meningkat, sibuk bekerja, masa keluarga bersama anak-anak semakin berkurangan, peningkatan anak-anak dijaga oleh pembantu rumah atau pusat-pusat asuhan dan jangka hayat warga emas semakin bertambah kerana kualiti kesihatan.
 
 Pembangunan sosio –ekonomi yang pesat dan pengaruh budaya asing telah menjadi punca perubahan pegangan nilai hidup yang membawa kepincangan dalam kehidupan keluarga. Kepincangan dalam keluarga bermula daripada sebab seperti kekurangan kasih sayang dalam keluarga, keganasan rumah tangga, peningkatan kadar perceraian, penderaan kanak-kanak, pengabaian kepada warga emas, sumbang mahram, kejahilan, bersekudukan tanpa kahwin, peningkatan kelahiran anak tanpa nikah, peningkatan kadar perceraian dan gejala sosial yang lain. Isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini adalah sebahagian daripada perubahan pegangan nilai-nilai dalam kehidupan.
 
Mengikut satu kajian di negara Amerika Syarikat pada tahun 2006 ke atas 38,000 penduduknya mendapati 95% telah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Manakala di negara kita satu kajian pada tahun yang sama ke atas 2,332 remaja melayu mendapati 5.5% telah melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Laporan Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2009, jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan meningkat kepada 17,303 di seluruh negara iaitu purata 47 orang sehari. Kita merasa bimbang dengan penularan budaya hidup berzina dan gaya hidup barat ini yang boleh mencemarkan imej Islam dan memberi kesan kepada akidah. Berdasarkan perubahan nilai hidup yang ketara ini, maka mimbar ingin mengingatkan jemaah sekalian tentang peringatan Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6:
 
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan- Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
 
Menurut Tafsir at-Tabari, pemimpin keluarga hendaklah menjaga, membantu ahli keluarga dan memerintahkan mereka berbuat taat kepada Allah SWT serta mencegah mereka dari melakukan maksiat. Beberapa ahli tafsir lain pula menyatakan adalah menjadi kewajipan setiap muslim mengajar keluarganya tentang apa yang diwajibkan oleh Allah SWT dan apa yang dilarang. Rasulullah SAW bersabda:
 
Mafhumnya: “Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah( suci) tetapi ibubapa nyalah yang menentukan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi ( Riwayat Ahmad).
 
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Bagi membentuk anak-anak menjadi insan cemerlang, ibu bapa hendaklah juga terdiri daripada manusia yang cemerlang. Bagaimana mungkin ibubapa yang derhaka, rumahtangga yang porak peranda, dapat membentuk keluarga yang sejahtera.  Pendidikan dan asuhan yang diberikan oleh ibu bapa adalah asas untuk anak-anak  bertapak apabila mereka dewasa kelak.  Ibubapa adalah cermin yang mudah dijadikan tontonan oleh anak-anaknya.  Oleh itu dalam mendidik anak-anak supaya beriman kepada Allah dan berakhlak mulia, ibubapa juga hendaklah terlebih dahulu memiliki sifat yang mulia ini.  Contoh yang baik dari ibubapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak begitu jugalah sebaliknya. 

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
 
Pembentukan keluarga Islam pada abad ke 21 ini , abad mendatang atau abad milenium amat mencabar bagi setiap ibu-bapa. Apakah keluarga Islam yang ada pada hari ini boleh bertahan atau terus hanyut diserang badai globalisasi yang berterusan menyerang merosakkan nilai-nilai kehidupan keluarga. Dasar-dasar rumah tangga yang lemah dan kepimpinan keluarga yang longgar sudah pasti akan tumpas dalam menghadapi cabaran perubahan nilai global yang mengubah kehidupan keluarga. 

          Sesungguhnya institusi keluarga adalah satu institusi penting dalam keseluruhan kerangka pembinaan dan kelangsungan ummah. Umat Islam akan berdepan dengan satu masalah besar seandainya institusi penting ini tidak dikawal dan dijaga dengan baik. Kehancuran institusi ini bermakna kehancuran ummah itu sendiri kerana daripada institusi inilah munculnya kalangan ummah di tengah masyarakat.
 
Dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga, mimbar menasihatkan marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu mengadakan majlis-majlis ilmu di rumah, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah SWT terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna. 

Mengakhiri khutbah, mimbar ingin merumuskan  tentang isu yang dibincang bahawa:
 
Pertama:    Ibubapa perlu memperkukuhkan dan melengkapkan pendidikan agama bagi menghadapi cabaran abad yang mendatang,
 
Kedua:        Memperuntukkan masa-masa tertentu bersama ahli keluarga menghadiri majlis-majlis ilmu,
 
Ketiga:        Perubahan nilai dan penghayatan jatidiri yang dipengaruhi budaya asing akan merendahkan harga diri ahli keluarga, dan
 
Keempat:    Perbuatan dan tingkah laku berdosa yang dilakukan oleh anak-anak di atas dunia ini akan menyeksa roh ibubapa yang telah meninggal dunia.
 
Firman Allah SWT dalam surah al- furqan ayat; 74
 
Maksudnya:Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu).”
 

Thursday, June 9, 2011

pengenalan cinta

Ramai diantara kita yang mempunyai pengertian sendiri apabila ditanyakan maksud
Cinta. Malah ada yang mengatakan maksud cinta adalah seperti berikut:

                          C - Cinta    
                           I - Itu
                          N - Nikmat
                           T - Tapi
                           A - Awas

Awas kenapa? Kerana cinta itu, mampu membuatkan anda menjadi buta. Sewaktu
bercinta, semuanya adalah indah belaka. Sememangnya sudah menjadi tabiat
manusia, jika anda menyukai sesuatu atau seseorang itu, pasti anda akan hanya
melihat yang baik-baik sahaja. Segala keburukan dan kecacatan, akan anda
singkirkan sejauh-jauhnya dari pandangan anda. Tidak kisahlah si dia itu merokok
atau pun kaki perempuan. Harapan anda, bila sudah berkahwin nanti, semua
perkara buruk itu akan dibuang dan ditinggalkan. tidak mungkin datang jika tidak
dicari dan tidak mungkin dapat jika kita tidak memberi. Alangkah indahnya jika di
alam percintaan tiada sebarang perkara yang mencacatkan hubungan. Oh,
indahnya!!

Cinta adalah satu perasaan yang amat dalam antara dua jiwa yang saling sayang
menyayangi antara satu sama lain. Cinta juga adalah satu ikatan kemesraan bagi
setiap pasangan. Cinta yang sejati pula merupakan ikatan yang teguh antara
pasangan yang bercinta. Satu percintaan yang teguh biasanya akan bertahan lama
berbanding ikatan yang tidak teguh.

Rindu pula adalah sebuah perasaan yang paling indah, bila terkenangkan orang
yang tersayang. Rindu hanya dimiliki oleh insan yang berhati nurani yang tahu akan
betapa dalamnya cinta yang sejati. Bila rindu terbayang di mata, timbullah perasaan
ingin berjumpa dengan insan yang tersayang. Rindu ini amatlah dihargai kerana ia
merupakan anugerah yang tidak terhingga daripada Allah S.W.T.

Kasih sayang pula adalah merupakan satu perasaan yang bermula dari hati untuk
menyayangi seseorang. Hati seolah-olah ingin dibelai oleh orang yang disayang
malah ingin membelai orang yang disayang. Amatlah syahdunya perasaan itu bila
percintaan sentiasa dibayangi perasaan seronok untuk bercinta.

Tanpa Cinta, Rindu dan Kasih Sayang tidak akan wujud sebuah Cinta Yang Sejati.
Walaupun ia memerlukan pengorbanan, tetapi amatlah berbaloi untuk seluruh
kehidupan kita. Cuba anda bayangkan betapa ruginya anda tanpa CINTA YANG
SEJATI??

Tidakkah anda rasa gembira setiap saat dan waktu jika anda disayangi dan dikasihi?
Marilah bersama mengejar cinta yang sejati.............

Tuesday, May 10, 2011

catatan tentang cinta

Sayangku,
kenalilah musim hujan yang basah
dan kemarau yang meranggaskan daun-daun kering
di sepanjang hari dalam dua belas purnama
karena cintaku bersemi di dua musim

kenalilah gelisah angin di antara buluh-buluh bambu
yang meliuk ke kanan dan meliuk ke kiri
yang menggemerisik di antara sunyi
karena ada bisikan tentang gelisahku

ketika senja turun di bukit-bukit tak berpenghuni
ada rona yang dilukiskan pada latar langitnya
merah membara dan kadang-kadang lembayung
kenalilah warnanya yang disapukan dari rinduku

sayangku,
malam-malamku adalah catatan tentang cinta
dinginnya menghangatkan dan memberi aroma rasa
aku jejaki purnama yang tenggelam di antara awan
dan aku ingin terbenam bersama cinta yang kau bawa

DIALAH YG TERINDAH..

pernah kah kau bayangkan betapa sunyinya dunia ini...?
saat seorang kekasih pergi dan meninggalkan sebuah hati..!!
dimana kita tak dapat lagi merasakan hangat pelukannya....
dan dimana kita tak mampu lagi mengusap air mata di pipinya..

Semuanya selesai!!!!
air mata penyesalan tidak akan merubah semuanya.
biarkan dia pergi dan biarkan dia terbang.
kita lihat saja kemana dia ingin berjalan.
dan cukup katakan ya terhadap sesuatu yg di anaggap benar
meski semua itu tak seperti apa yg kita harapakan

maafkan aku kekasihku...
bukan maksudku untuk menyakiti mu.
aku hanya ingin memilikinya.
dan jujur,,tak sedikitpun tertlintas dalam fikiranku untuk meninggalkanmu

dia yg terlebih dahulu berdiri tegak di depan mataku
dan saat itu pula hatiku berkata
"Dia yg aku inginkan"
terpancar sebuah cahaya harapan
saat ku tatap tajam ke dua  matanaya
dan kurasakan aroma wangi yg begitu menusuk saat ku cuba dekati dia.
dan saat itu jiwa dan hatiku yakin bahwa mungkin
DIALAH YG TERINDAH..

Saturday, April 23, 2011

ketika berseorangan.....

 

hari sabtu 23/04/11
jam 2000

mood yang tidak menentu..
kenapa??
tidak dapat dipastikan.
 apa yang menyebabkan perasaan tidak menentu itu..
hope semua berjalan dengan lancar.


GEMBIRA
syukur alhamdulilah.
akhirnya setelah 2 tahun bekerja.
telah disahkan jawatan.
setelah lulus exam, 
setelah dapat SKT melebihi 80markah dalam masa 3thn
akhir nya ini yang ditunggu oleh setiap pekerja.
ia kan memotivasikan diri untuk lebih
cemerlang dalam melaksanan kerja seharian.
azam untuk memajukan diri akan dimulakan.


SEDIH
tidak tahu kenapa perasaan ini perlu wujud pada waktu ini.
ada sesuatu yang ku idamkan masih tidak diperolehi.
hanya pada-mu aku berserah.


RINDU
kerinduan ini muncul dikala keseorangan
rindu pada mak
rindu pada ayah
rindu pada adik-adik
rindu pada siapa lagi perlu dicurahkan perasaan ini
ku rindu pada ya Rabb-Mu

SUNYI
setiap manusia telah ditakdir kan hidup berpasangan
ia telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa sejak azali
walaupun kita merasakan
kita telah bertemu adam atau hawa 
tetapi
hanya Engkau saja yang mengatahui 
adakah Adam atau hawa itu ditakdirkn untuk kita.
sekali lagi kita perlu yakin 
pada Yang Maha Kuasa

setiap kehidupan perlu merasai nikmat syukur
atas limpah kurnia yang tidak terhingga..

dari Dia kita datang, dari Dia jua la kita kembali..
......wasalam.....





Sunday, February 6, 2011

kemaafan....

maaf sangat mudah untuk di ucapkan. hanya dibibir yang meniti...
tapi hati yang terluka amat sukar untuk memaafkan...
itu lah lazim yang bernama manusia...



sayang 
telah lama aku memaafkan mu. kerna kamu adalah raja dihatiku.
sedangkan takdir bukan untuk kita bersatu.
ku hanya menunggu ucapan maaf dari mu.. kerna egomu tinggi melangit. 

apa yang kita lalui dahulu adalah sejarah yang tidak mudah dilupakan, susah payah senang sakit sedih dan dikecewakan akan menjadi pengajaran dan panduan hidupku.

sayang 
ingatlah pesan ku ini
jaga la permaisuri mu itu sebaik mungkin, jaga la maruahnya, jaga la hatinya,  
andai kau bernikah dengan nya suatu hari nanti, jadi la suami dan bapa yang baik, kerna kamu adalah nakhoda keluargamu..


kau dan aku 
adalah kenangan
akan ku simpan dalam kotak cinta ku
selamat tinggal kasih,
selamat tinggal sayang,
selamat tinggal cinta.




Friday, January 14, 2011

ADA APA DENGAN 26hb

SUBHANALLAH,

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:

26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan 26.? Trnyata..dlm alquran, jus 26 surat asy-syu'ara yg didalamnya pngertian tntg azab Allah... Subhanallah

Maafkan diri ini......

************************************************************** Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…
 

***************************************************************

Sahabat.... Mnerima org y mnyintai diri kita adlh lbh bk drpd mnerima org y kita cintai ttp xmnyintai diri kita.. Cz mngajar diri kita mnyintai org ln adlh lbh mudah dr mngajar org ln utk mnyintai diri kita... N adlh jauh lbh bk mnerima llaki y beriman w/pun saling xmnyintai krn dia tahu t/jwb nya sbg sorg suami.. dia akn mbimbing n mlindungi diri kita n insyaAllah kita akn saling mnyintai...

jgn bduka krn khilangan insan itu, krn Allah akn mgntikani kita insan y jauh lbh bk dr dia.. biar mnangis skrg, tp bkn dkemudian hr... krn smakin lama, luka itu akn btambah dlm.. bsyukur lah diberi petunjuk dr NYA walau sdikit tlewat... krn Allah ingin kita rasa pahit nya sblum kita mnerima betapa manis khidupan...




Monday, January 3, 2011

cinta terhadap ALLAH

Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
" jika Allah mencintai seorang hamba, maka dia memanggil Jibrail seraya berfirman, ' sesungguhnya Aku mencintai si polan, maka cintailah dia'. jibrail pun mencintainya , kemudian menyeru di langit, ' sesungguhnya Allah mencintai si polan maka cintailah si polan,' maka penduduk langit mencintainya, kemudain ia mendapat penerimaan di dunia.

" jika Dia menbenci seorang hamba, maka Dia memangil Jibrail seraya berfirman,' sesungguhnya Aku membenci si polan, maka bencila dia,' jibril  pun membencinya dan kemudian menyeru kepada penduduk langit,'sesungguhnya Allah membenci si polan, maka bencilah dia.' maka mereka pun membenci nya, kemudian ia dibenci didunia'. (Riwayat al-bukhari no.3037 dan muslim no.2637)


apa itu cinta?

ketika mensyaratkan hadis ini, Syeikh Abu al-Qasim Karim Hawazin al-Qusyairi dakam Risalah al-Qusyairi menyebut, " cinta merupakan satu kemulaian. sesungguhnya setiap kecintan hamba kepada Allah , zat yang Maha Sempurna disaksikan oleh Nya serta dibalas dengan kecintaan yang mendalam. bahkan Allah menyampaikan penyaksian cinta-Nya itu kepada Jibraila.s serta memerintahkan Jibrail dan penghuni langit turut mencintai hamba pilihan-Nya. 

Al-junaid ketika menyifatkan ciri-ciri hamba yang mencintai Allah s.w.t berkata: " sifat mahabbah seorang hamba kepada tuhannya adalah apabila hamba itu tidak sesekali jemu memuji dan memuja Allah sehingga dia tenggelam dalam keasyikan mahabbah kepada-Nya.

menurut Sahl Abullah al-Tustari pula, cinta ialah ketaatan dan menentang segala kederhakaan atau maksiat pad-Nya.

sebahagian ulama sufi menyatakan bagawa cinta ialah kecenderungan abadi dalam hati yang disertakan rasa rindu yang mendalam. sehingga setiap perbuatan yang dilaksanakan oleh hamba yang dilanda cinta pasti snetiasa mendahulukan kekasihnya berbanding keperluan dan keinginan diri.

inilah takrifan cinta dan mahabbah para hamba terhadap Rab-Nya menurut perbahasan dan pandangan para ulama sufi yang telah melalu perjalanan makrifat mereka menuju Allah s.w.t

resipi menambah rasa kecintaan terdapat Allah

perasaan cinta ini hanya dianugerahkan Allah s.w.t buat hamba pilihannya. ada 3 perkara yang mampu menambah rasa kecintaan terhadap Allah s.w.t iaitu;-

menjaga ibadah-ibadah yang wajib
   kerana itulah kunci pertama dan paling utama dalan nengenal Allah dan menujunya

membaca dan tadabbur al-Quran
    kerana ia neraca untuk mengukur keimanan dan taqurrub seseorang

sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t
     kerana zikir ialah senjata yang ampuh untuk menolak bisikan syaitan


seseorang yeng telah mula dilimbahi nur mahabbah kurniaan Allah, ia akan terseksa apabila jauh dari Allah, sibuk dengan akhirat, malah lupa pada dunia yang fana ini. benarlah kata Syeikh al-Syibli sebagaimana yang dinikilan oleh Imam al-nawawi dalam Nasa'ih al-'ibad:  
  " Apabila engkau telah mengecapi manisnya dekat dengan-Nya pasti kamu mengatahui betapa pahitnya putus hubungan dengan-Nya."