kerana cinta aku gembira, kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku kecewa dan kerana cinta aku derita... tapi cinta ku kekal hanya untuk Mu ya-Rahman ya Rahim

Monday, January 3, 2011

cinta terhadap ALLAH

Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
" jika Allah mencintai seorang hamba, maka dia memanggil Jibrail seraya berfirman, ' sesungguhnya Aku mencintai si polan, maka cintailah dia'. jibrail pun mencintainya , kemudian menyeru di langit, ' sesungguhnya Allah mencintai si polan maka cintailah si polan,' maka penduduk langit mencintainya, kemudain ia mendapat penerimaan di dunia.

" jika Dia menbenci seorang hamba, maka Dia memangil Jibrail seraya berfirman,' sesungguhnya Aku membenci si polan, maka bencila dia,' jibril  pun membencinya dan kemudian menyeru kepada penduduk langit,'sesungguhnya Allah membenci si polan, maka bencilah dia.' maka mereka pun membenci nya, kemudian ia dibenci didunia'. (Riwayat al-bukhari no.3037 dan muslim no.2637)


apa itu cinta?

ketika mensyaratkan hadis ini, Syeikh Abu al-Qasim Karim Hawazin al-Qusyairi dakam Risalah al-Qusyairi menyebut, " cinta merupakan satu kemulaian. sesungguhnya setiap kecintan hamba kepada Allah , zat yang Maha Sempurna disaksikan oleh Nya serta dibalas dengan kecintaan yang mendalam. bahkan Allah menyampaikan penyaksian cinta-Nya itu kepada Jibraila.s serta memerintahkan Jibrail dan penghuni langit turut mencintai hamba pilihan-Nya. 

Al-junaid ketika menyifatkan ciri-ciri hamba yang mencintai Allah s.w.t berkata: " sifat mahabbah seorang hamba kepada tuhannya adalah apabila hamba itu tidak sesekali jemu memuji dan memuja Allah sehingga dia tenggelam dalam keasyikan mahabbah kepada-Nya.

menurut Sahl Abullah al-Tustari pula, cinta ialah ketaatan dan menentang segala kederhakaan atau maksiat pad-Nya.

sebahagian ulama sufi menyatakan bagawa cinta ialah kecenderungan abadi dalam hati yang disertakan rasa rindu yang mendalam. sehingga setiap perbuatan yang dilaksanakan oleh hamba yang dilanda cinta pasti snetiasa mendahulukan kekasihnya berbanding keperluan dan keinginan diri.

inilah takrifan cinta dan mahabbah para hamba terhadap Rab-Nya menurut perbahasan dan pandangan para ulama sufi yang telah melalu perjalanan makrifat mereka menuju Allah s.w.t

resipi menambah rasa kecintaan terdapat Allah

perasaan cinta ini hanya dianugerahkan Allah s.w.t buat hamba pilihannya. ada 3 perkara yang mampu menambah rasa kecintaan terhadap Allah s.w.t iaitu;-

menjaga ibadah-ibadah yang wajib
   kerana itulah kunci pertama dan paling utama dalan nengenal Allah dan menujunya

membaca dan tadabbur al-Quran
    kerana ia neraca untuk mengukur keimanan dan taqurrub seseorang

sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t
     kerana zikir ialah senjata yang ampuh untuk menolak bisikan syaitan


seseorang yeng telah mula dilimbahi nur mahabbah kurniaan Allah, ia akan terseksa apabila jauh dari Allah, sibuk dengan akhirat, malah lupa pada dunia yang fana ini. benarlah kata Syeikh al-Syibli sebagaimana yang dinikilan oleh Imam al-nawawi dalam Nasa'ih al-'ibad:  
  " Apabila engkau telah mengecapi manisnya dekat dengan-Nya pasti kamu mengatahui betapa pahitnya putus hubungan dengan-Nya."

No comments:

Post a Comment