kerana cinta aku gembira, kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku kecewa dan kerana cinta aku derita... tapi cinta ku kekal hanya untuk Mu ya-Rahman ya Rahim

Monday, April 28, 2014

untuk dia

aku,
hanya insan biasa,
tidak sempurna seperti kau inginkan,
yang mengharap bidadari dari syurga.

aku,
akui tidak memahami kerja mu
juga tidak aku memahami diri mu
serta tidak aku memahami kehidupan mu.

aku,
mengenalimu setelah apa yang kau ada,
kerjayamu, hartamu, kehidupanmu yang semakin maju,
malah kita membina impian serta harapan, memikirkan masa depan,
dan paling penting aku menerima mu kerana kekurangan yang ada padamu.

tapi,
harapan itu musah,
musnah seperti istana pasir di hempas ombak,
harapan dan impian pergi ibarat kertas di tiup angin,
kita berpisah kerana jodoh itu bukan milik kita.

itu la jodoh.
merancang, membina impian,
tapi kita lupa
segala-galanya dari yang Esa.
telah ditentukan sejak azali.

dariNya kita datang, dariNya juga kita kembali......

#sampaikan #salam #buat #sidia

#mengharap #kemanisan #cintaMU #yaRabb

No comments:

Post a Comment