Cinta
tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita
mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki
yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak
turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang
dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi
lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat,
membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama,
mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama
yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan
memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang
apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, kerana Allah itu yang lebih
mengetahui.
Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang
wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya.
Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun
perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan
molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima
kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita
mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang
hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya
berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada
di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya
terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum
lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi
lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya,
semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan.
Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga
daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh
berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan
lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika
anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa,
maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling
memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap
pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari
sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Wanita,
kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki,
kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan
keluar dari rahim ibu untukmel ihat dunia. Kerana benih seorang lelaki,
kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki
untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang
dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita
wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak
terlalu gah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah
sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu
indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk
dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk
dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk
dihenyaki tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan
dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah
angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi
kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus
saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh mel indungi, maka kita
pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi
bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari
rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga
jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi
kita bahagia dalam dakapannya.
Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik...
I'm not sad.. but i'm hurt... i'm not feel bad..
but i feel empty... i'm not lonely.. but i'm single...
Only if you could understand me in the hardest way...
Cinta itu anugerah yg tak ternilai so hargai la setiap saat bersamanya..
No comments:
Post a Comment