kerana cinta aku gembira, kerana cinta aku bahagia, kerana cinta aku kecewa dan kerana cinta aku derita... tapi cinta ku kekal hanya untuk Mu ya-Rahman ya Rahim

Friday, December 10, 2010

Islam mengangkat darjat Wanita

1. Mengutamakan Ibu & bapa.
    ~ ~ seorang lelaki datang kepada Rasullah s.a.w lalu berkata." Wahai Rasullah, siapakan orang yang paling berhak untuk aku hormati?"  Baginda menjawab. "ibumu!"   lelaki itu terus bertanya,"kemudian siapa?"  Nabi s.a.w menjawab," ibumu!"   lelaki itu terus bertanya lagi," kemudian siapa?"  Nabi s.a.w menjawab," ibumu!"   sekali lagi dia bertanya." kemudian siapa?" Nabi s.a.w menjawab, " bapamu!"  (riwayat al-Bukhri dan Muslim).

2. Anak Perempuan Menjadi Penyelamat di Akhirat
    ~ ~ " Sesiapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat abik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya daripada api neraka." (riwayat al-bukhari)  Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan. wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.  " sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki." (riwayat Abu Daud)

3. Amal Soleh Wanita diiktiraf Oleh Allah Sebagaimana Amal Soleh Lelaki diiktiraf
    ~ ~  " Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya, walau sedikit pun."

4. Hak Wanita Diiktiraf
    ~ ~  Umar al-Khattab r.a berkata," Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikit pun. tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebutnya tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak keatas kami."

No comments:

Post a Comment